Wednesday, 28 June 2023

TRIP SABAH (TAWAU DAN SEMPORNA)

 Assalamualaikum wbt.


Lama betul tak update blog ni. Kali ni kami nak share pengalaman trip keluarga ke Sabah iaitu di Tawau dan pulau-pulau sekitar Semporna. 

Sebelum ni saya sekeluarga pernah pergi melawat Sabah antaranya ke KK, Kundasang dan Ranau pada tahun 2013.

Kemudian pada tahun 2019 saya, isteri dan anak bongsu sekali lagi ke Sabah bersempena penyertaan saya dalam Borneo Marathon di KK. Pada masa tu kami ambil peluang memandu hingga ke Tip of Borneo. Jadi pada kali ni kami ambil peluang untuk bawa satu keluarga untuk trip ke Sabah lagi.  Plan asal nak ke Sandakan. Sempena penyertaan saya di dalam Sandakan Marathon. Tapi cadangan ini tidak dipersetujui oleh isteri sebab lebih baik fokus pada berjalan-jalan. Takut saya kepenatan pula lepas menyertai running event. 

Jadi setelah berbincang semula kami decide untuk pilih Tawau sebagai destinasi alternatif.  Jadi memandangkan saya mempunyai masa yang lebih lapang, saya pun dengan bersemangat mengatur itinerari lawatan selama 5 hari.  Alang-alang dah travel sekeluarga, kita buat trip lama sikit.  Lagipun lepas susah nak kumpul semua anak-anak disebabkan ada yang dah bekerja, belajar dan bersekolah. 

Untuk persiapan ke Sabah ada beberapa blog dan youtube channel yang saya rujuk.  Selepas merujuk pada blog dan youtube channel saya simpulkan bahawa trip ke Tawau tidak lengkap tanpa menjelajah ke Semporna terutamanya ke pulau sekitarnya.  

Trip kami secara ringkasnya adalah seperti berikut ;

Hari Pertama (20/6/2023)

Bertolak dari KLIA 2 pada jam 7.15 petang. Sepatutnya kalau ikut jadual asal ialah jam 5.20, kemudian tangguh 6.20 kemudian tanggung lagi 6.40. Last sekali bergerak jam 7.15 petang. Perjalan ke Tawau ialah lebih kurang 2j 50 min. Jadi kami mendarat di Lapangan Terbang Tawau pada jam 10.05 malam.

Jam 10.30 malam selesai urusan imigresen, ambik bagasi kami terus keluar dari terminal untuk ambik kereta sewa.  Disebabkam kami bertujuh jadi kami sewa sebuah MPV Toyota Estima 7 seater.  Dari airport kami terus memandu ke Semporna.  Perjalanan ke Semporna sejauh 85 km mengambil masa 1j 20 min.  Jadi kami tiba di Semporna hampir tengah malam.  Kami terus check-in di Homestay Munirah yang terletak 800 meter dari Jeti Pelancong (Bangau-bangau).

Hari Ke-2

Hari ke-2 kami terus ke Jeti Pelancong Bangau-bangau. Kami letak kereta di kawasan parkir berdekatan. kami didekati seorang budak lelaki tempatan. Di kawasan ini ramai penduduk dari orang Bajau.  Dan Bajau juga dipecah kepada banyak suku. Dia minta saya RM10 untuk upah. Saya bagi tanpa banyak soal. Niat sedekah je.

Destinasi hari pertama ialah Pulau Bohey Dulang, Matabuan dan Sibuan. Kami ambil pakej dari Camrish Travel. Hari pertama bermula agak lewat disebabkan guide Jamal nak uruskan permit ke Bohey Dulang.  Jadi kami bertolak sekitar 10.20 pagi. 

 


No comments:

Post a Comment