Hari 6: Kanchanaburi-Erawan National Park-Kanchanaburi
Selepas menempuh perjalanan perjalanan selama 5 hari dari selatan Thailand, kami merancang untuk melawat kawasan sekitar Kanchanaburi. Kanchanaburi ialah sebuah bandar bersejarah. Antara destinasi yang kami lawati semasa di Kanchanaburi ialah Jambatan River Kwai yang terkenal, landasan keretapi maut dan stesen keretapi.
Di sebelah tengahari pula kami keluar dari kawasan bandar untuk ke taman Negara Erawan (Erawan National Park).
![]() |
| Hotel penginapan di Kanchanaburi di dalam kawasan kampung pinggir bandar |
![]() |
| Clock Tower Kanchanaburi |
![]() |
| Sarapan di Restoran Dawudcha |
Lokasi Restoran Dawudcha
![]() |
| Sangat dikenali pelancong dan bikers Malaysia |
![]() |
| Bridge of River Kwai |
![]() |
| River Kwai |
Air terjun Erawan adalah destinasi wajib jika melancong ke Kanchanaburi. Terletak 53km di barat laut Kanchanaburi. Untuk masuk perlu membayar THB100 kerana ia adalah sebahagian dari kawasan Taman Negara Erawan. Cantik dan bersih. Ada 7 tingkat tapi kami cuma sampai tingkat ke-2 sahaja.
![]() |
| Kelah Sanctuary |
![]() |
| Bersama Imam Masjid As-Salam, Kanchanaburi |
![]() |
| Nasi Ayam |
![]() |
| Mee Sup |
![]() |
| Bergambar bersama owner, Saudara Fahd dan isteri |
Hari 7 (Kanchanaburi-Surat Thani)
Hari ini kami bermula awal kerana akan menempuh perjalanan yang paling panjang iaitu sekitar 700km. Sekali lagi kami makan pagi di Restoran Muslim Davucha di jalan besar Kanchanaburi. Selepas tu kami singgah sekejap di Stesen Keratapi River Kwai kerana kakak saya nak cari t-shirt sourvenir untuk anak-anak sedara. Semasa singgah di sana baru kami sedar ada restoran muslim di dalam kawasan stesen yang kami tak perasan masa kami melawat semalamnya. Takpelah, next time singgah Kanchanaburi boleh try kat situ plak.
![]() |
| Restoran halal di dalam kawasan kompleks Stesen Keretapi River Kwai |






















No comments:
Post a Comment