Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada pagi hari terakhir dalam tahun 2016 kami bertolak dari Bandar Seri Putra untuk ke Hutan Lipur Tg Tuan. Hutan Lipur Tg Tuan ini terletak di negeri Melaka, betul-betul bersempadan dgn Negeri Sembilan. Sebenarnya saya pun baru tahu hari ni, selama ini ingat dalam Negeri Sembilan sebab jalan masuk melalui Kem Askar masih berada dalam Negeri Sembilan tapi habis di kawasan banglo kepunyaan UDA Holding. Selepas tu dah masuk negeri Melaka. Saya tak pasti PNB Ilham Resort yang bersebelahan pintu masuk hutan lipur berada dalam negeri Melaka atau NS. Yang pasti Hutan Lipur Tg Tuan berada di dalam pentadbiran Jabatan Hutan Alor Gajah.
Pada kali ini kami pergi enam beranak sahaja sebab Afaf (anak ke-3) dah kami hantar balik ke sekolah asramanya di Gombak. Dia terpaksa melapor diri awal kerana menghadiri taklimat pengawas.
Kami bertolak dari rumah pada pukul 7.45 pagi. Perjalanan sejauh 71 km menurut laluan pilihan google map memakan masa 1 jam 17 minit melalui lebuhraya Utara-Selatan, kemudian keluar di Tol Seremban-Port Dickson di Pekan Rasah. Dari Rasah kami dipandukan ke Mambau untuk memasuki Lebuh raya Seremban-Port Dickson. Perjalanan di waktu pagi lancar. Alhamdulillah cuaca pada pagi ini sangat baik. Lebih kurang 7km sebelum sampai destinasi kami singgah di Teluk Kemang untuk sarapan pagi, nasi lemak dan air. Nak order roti canai tak dapat sebab terlalu ramai pelanggan yang order. Selepas sarapan kami bergegas ke destinasi tujuan. Kami sampai lebih kurang pukul 9.00 pagi dan terus mendaftar di pejabat Jabatan Hutan di pintu masuk hutan lipur. Bayaran seorang dewasa (12 tahun ke atas ialah RM1).
Seterusnya kami meneruskan perjalanan melalui jalan tar ke arah Rumah Api Tanjung Tuan. Sebelum tu saya sempat bertanya pegawai bertugas arah ke Bukit Batu Putih. Pada mulanya saya tak pasti nak naik ke Batu Putih atau tidak sebab tak ada pengalaman. Pada kali ini saya bawak Baby Ali dan isteri, kedua-duanya takde pengalaman panjat gunung ikut laluan hutan. Walaubagaimanapun apabila sampai di simpang masuk ke trek Bukit Batu Putih saya ajak semua naik sekali. Isteri saya keberatan untuk naik dan menawar diri untuk menunggu di rumah api. Tetapi selepas saya janji untuk menjadi sweeper dia pun akur. Tentang Baby Ali saya tak kesah sangat sebab saya ada bawak dua porter handalan untuk bergilir-gilir angkat adik diorang guna baby carrier. Kami menggunakan baby carrier jenama LAFUMA yang selesa dan ringan. Rasa macam bawak beg galas 12kg jer.
 |
| Tidur pulak si Ali |
 |
| Masuk trail hutan |
 |
| Steady Dr Abidah |
 |
| Widad yg sabar menanti kami |
Setelah trekking lebih kurang 30 minit kami sampai di bahagian berbatu untuk naik ke puncak bukit. Tengok kan batu-batu tajam ala Gunung Baling, cuma kali ini rendah saja, saya mengambil keputusan untuk terus naik ke atas batu. Sebelum tu saya test juga laluan samada berbahaya. Alhamdulillah semua selamat naik ke atas puncak batu. Keadaan di atas agak panas dan sesak dengan pengunjung, ternasuklah sepasang mempelai. Selepas lebih kurang 10 minit berada di atas kami turun semula ke bawah. Masa nak turun dari batu saya pastikan juga laluan kerana nak pastikan semua turun dalam keadaan baik dan tak cedera. TAHNIAH KEPADA ISTERIKU atas kejayaan pertama naik ke puncak bukit melalui trek hutan. Lepas ni insya allah boleh ajak dia panjat Gunung Angsi pulak. Kita try slow-slow.
Dalam perjalanan turun ke pintu masuk hutan lipur kami singgah sekejap di rumah api Tg Tuan. Isteri saya pernah sampai di rumah api ini 30 tahun dahulu. Masa tu boleh bawak kereta sampai atas, tapi sekarang dah tidak dibenarkan lagi. Selepas singgah di rumah api kami masuk ke kawasan sanctuary burung pula. Kami sempat berjalan hingga habis laluan tangga bersimen. Melalui seorang wanita, laluan tersebut boleh turun hingga ke pantai. Menarik tu, lain kali boleh try.
 |
| Laluan berbatu untuk ke puncak |
 |
| Horeyy Mama sampai ke puncak |
 |
| Ali buat muka heran. |
 |
| Another milestone. Sebelum ni Widad pernah 2x mendaki Bukit Broga. |