Gunung Datuk (Pepatih Pinang Nan Sebatang)
Aktiviti sihat hari ini. Niat asal nak panjat Nuang tapi disebabkan subuh-subuh hujan lebat, jadi kami ubah plan ke Gunung Datuk. Kali ini saya mendaki dengan Harith Faruqi, kebetulan dia ada kat rumah sempena cuti hujung minggu. Saya bila ada geng baru bersemangat sikit nak panjat gunung, dapat berdua pun jadilah.
Gunung Datuk atau Puncak Datuk, terletak di daerah Rembau, NSDK. Perjalanan ke sana dari BSP lancar dan mudah dengan bantuan Google Map. Taip sahaja Hutan Lipur Gunung Datuk dan ikut arahan google map. Untuk sampai ke hutan lipur perlu melalui beberapa kampung. Ada yang mengatakan Gunung Datuk bukan sebuah gunung tetapi salah satu dari puncak tipu Gunung Rembau. Takpelah, biar mereka yang berkenaan yang tentukan kesahihah kenyataan tersebut.
Kami mula naik pukul 9.05 pagi selepas mendaftar di pondok Pejabat Perhutanan (ada gerai makan) dan bayar RM5/orang. Pendakian yang santai melalui anak sungai kemudian melalui trek yang berbatu dan agak mencanak. Setelah satu jam mendaki kami berdua sampai di puncak.
Di atas puncak Datuk kami perlu memanjat batu-batu besar (boulder) untuk mendapatkan 360 degree view daerah Rembau, Selat Melaka dan sekitarnya. Kepada yang gayat boleh saja duduk2 di kawasan lapang di puncak. Di atas puncak juga ada terdapat kesan lumut 'mossy', tapi malangnya banyak dah mati mungkin sebab kesan pemanasan global atau dipijak-pijak manusia.
Selepas puas bergaya dan bergambar di atas batu puncak, kami turun perlahan-lahan ke kaki gunung.











