Saturday, 31 December 2016

Hiking santai ke Bukit Batu Putih

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pada pagi hari terakhir dalam tahun 2016 kami bertolak dari Bandar Seri Putra untuk ke Hutan Lipur Tg Tuan.  Hutan Lipur Tg Tuan ini terletak di negeri Melaka, betul-betul bersempadan dgn Negeri Sembilan.  Sebenarnya saya pun baru tahu hari ni, selama ini ingat dalam Negeri Sembilan sebab jalan masuk melalui Kem Askar masih berada dalam Negeri Sembilan tapi habis di kawasan banglo kepunyaan UDA Holding. Selepas tu dah masuk negeri Melaka. Saya tak pasti PNB Ilham Resort yang bersebelahan pintu masuk hutan lipur berada dalam negeri Melaka atau NS.  Yang pasti Hutan Lipur Tg Tuan berada di dalam pentadbiran Jabatan Hutan Alor Gajah.





Pada kali ini kami pergi enam beranak sahaja sebab Afaf (anak ke-3) dah kami hantar balik ke sekolah asramanya di Gombak.  Dia terpaksa melapor diri awal kerana menghadiri taklimat pengawas.

Kami bertolak dari rumah pada pukul 7.45 pagi.  Perjalanan sejauh 71 km menurut laluan pilihan google map memakan masa 1 jam 17 minit melalui lebuhraya Utara-Selatan, kemudian keluar di Tol Seremban-Port Dickson di Pekan Rasah.  Dari Rasah kami dipandukan ke Mambau untuk memasuki Lebuh raya Seremban-Port Dickson.  Perjalanan di waktu pagi lancar.  Alhamdulillah cuaca pada pagi ini sangat baik.  Lebih kurang 7km sebelum sampai destinasi kami singgah di Teluk Kemang untuk sarapan pagi, nasi lemak dan air.  Nak order roti canai tak dapat sebab terlalu ramai pelanggan yang order. Selepas sarapan kami bergegas ke destinasi tujuan.  Kami sampai lebih kurang pukul 9.00 pagi dan terus mendaftar di pejabat Jabatan Hutan di pintu masuk hutan lipur. Bayaran seorang dewasa (12 tahun ke atas ialah RM1).

Seterusnya kami meneruskan perjalanan melalui jalan tar ke arah Rumah Api Tanjung Tuan.  Sebelum tu saya sempat bertanya pegawai bertugas arah ke Bukit Batu Putih.  Pada mulanya saya tak pasti nak naik ke Batu Putih atau tidak sebab tak ada pengalaman. Pada kali ini saya bawak Baby Ali dan isteri, kedua-duanya takde pengalaman panjat gunung ikut laluan hutan. Walaubagaimanapun apabila sampai di simpang masuk ke trek Bukit Batu Putih saya ajak semua naik sekali. Isteri saya keberatan untuk naik dan menawar diri untuk menunggu di rumah api. Tetapi selepas saya janji untuk menjadi sweeper dia pun akur.  Tentang Baby Ali saya tak kesah sangat sebab saya ada bawak dua porter handalan untuk bergilir-gilir angkat adik diorang guna baby carrier. Kami menggunakan baby carrier jenama LAFUMA yang selesa dan ringan. Rasa macam bawak beg galas 12kg jer. 

Tidur pulak si Ali

Masuk trail hutan

Steady Dr Abidah

Widad yg sabar menanti kami

Setelah trekking lebih kurang 30 minit kami sampai di bahagian berbatu untuk naik ke puncak bukit.  Tengok kan batu-batu tajam ala Gunung Baling, cuma kali ini rendah saja, saya mengambil keputusan untuk terus naik ke atas batu. Sebelum tu saya test juga laluan samada berbahaya.  Alhamdulillah semua selamat naik ke atas puncak batu.  Keadaan di atas agak panas dan sesak dengan pengunjung, ternasuklah sepasang mempelai.  Selepas lebih kurang 10 minit berada di atas kami turun semula ke bawah.  Masa nak turun dari batu saya pastikan juga laluan kerana nak pastikan semua turun dalam keadaan baik dan tak cedera. TAHNIAH KEPADA ISTERIKU atas kejayaan pertama naik ke puncak bukit melalui trek hutan.  Lepas ni insya allah boleh ajak dia panjat Gunung Angsi pulak.  Kita try slow-slow. 

Dalam perjalanan turun ke pintu masuk hutan lipur kami singgah sekejap di rumah api Tg Tuan. Isteri saya pernah sampai di rumah api ini 30 tahun dahulu. Masa tu boleh bawak kereta sampai atas, tapi sekarang dah tidak dibenarkan lagi. Selepas singgah di rumah api kami masuk ke kawasan sanctuary burung pula.  Kami sempat berjalan hingga habis laluan tangga bersimen. Melalui seorang wanita, laluan tersebut boleh turun hingga ke pantai.  Menarik tu, lain kali boleh try.
Laluan berbatu untuk ke puncak

Horeyy Mama sampai ke puncak

Ali buat muka heran. 

Another milestone.  Sebelum ni Widad pernah 2x mendaki Bukit Broga.

Sunday, 10 July 2016

Raya di Singapura

Tradisi yg bermula lebih 40 tahun dahulu (ketika saya lebih kecil dari anak bongsu saya, Ali). Saban tahun arwah Daddy dan Mak dgn gigihnya 'mengangkut' kami adik-beradik dari Pontian melawat datuk dan saudara-mara kami di Kg Lorong Chammar, Bukit Timah, Singapura terutamanya ketika cuti sekolah akhir tahun. Memandangkan Daddy tak pernah mempunyai kereta, satu moda pengangkutan yg kami ada hanyalah public transport. 

Fast-forward. Masa berlalu, datuk, Daddy, Mak, Pak dan Mak Oteh telah kembali ke hadrat Illahi. Kampung Lorong Chamar, Bukit Timah dan penduduk-penduduk pun sudah tiada (dipindahkan ke pertempatan baru sekitar pertengahan dan akhir 80an). Yang muda sudah menjadi tua, rumah kampung berganti rumah 'flat' pencakar langit. Kebanyakan saudara mara yg ada berpindah serata Singapura. 

Walaupun masa berlalu dan perubahan pesat berlaku, ada lagi yg masih kekal. Selain saudara-mara yg masih ada, ada lagi bahan sejarah seperti bas #170, Woodlands Road, Batu 10 Bukit Timah Road, CIQ, Tambak Johor buat menggamit kenangan masa lampau. 

Sempena hari raya yang mulia ini kami mengambil kesempatan ke Singapura dengan public transport (minus Bas South Johore dari Pontian ke Bukit Panjang HDB). Alhamdulilah anak2 semua excited dan gembira sebab lama dah tak naik public transport utk berjalan2. 

Mode of transportation. Land transport. 
  • By car from Pontian to Larkin. 
  • By bus No 170 from Larkin Central to Bukit Panjang Downtown. 
  • By LRT from BPD to Bangkit station. 
  • On foot 🐾from Bangkit to Block 238. 
  • By bus no 922 to Block 613. 
  • On foot 🐾from Block 613 to Junction 10 Complex. 
  • By bus no. 170 to Larkin Central. 
  • By car from Larkin Central to Pontian. 

In total 9075 steps approx 6.25km (measured by Samsung Health)

Dalam bas #170 dari JB Central ke CIQ

Dalam LRT di Bukit Panjang HDB

Kat bawah Block 613. Rumah Abang Ali





Sebahagian dari anak-cucu Hj Othman dan Hjh Jamaliah (Mak Oteh Singapore)



Wednesday, 1 June 2016

Gunung Datuk (Pepatih Pinang Nan Sebatang)


Aktiviti sihat hari ini. Niat asal nak panjat Nuang tapi disebabkan subuh-subuh hujan lebat, jadi kami ubah plan ke Gunung Datuk. Kali ini saya mendaki dengan Harith Faruqi, kebetulan dia ada kat rumah sempena cuti hujung minggu. Saya bila ada geng baru bersemangat sikit nak panjat gunung, dapat berdua pun jadilah. 

Gunung Datuk atau Puncak Datuk, terletak di daerah Rembau, NSDK. Perjalanan ke sana dari BSP lancar dan mudah dengan bantuan Google Map. Taip sahaja Hutan Lipur Gunung Datuk dan ikut arahan google map. Untuk sampai ke hutan lipur perlu melalui beberapa kampung. Ada yang mengatakan Gunung Datuk bukan sebuah gunung tetapi salah satu dari puncak tipu Gunung Rembau. Takpelah, biar mereka yang berkenaan yang tentukan kesahihah kenyataan tersebut.

Kami mula naik pukul 9.05 pagi selepas mendaftar di pondok Pejabat Perhutanan (ada gerai makan) dan bayar RM5/orang. Pendakian yang santai melalui anak sungai kemudian melalui trek yang berbatu dan agak mencanak. Setelah satu jam mendaki kami berdua sampai di puncak.

Di atas puncak Datuk kami perlu memanjat batu-batu besar (boulder) untuk mendapatkan 360 degree view daerah Rembau, Selat Melaka dan sekitarnya. Kepada yang gayat boleh saja duduk2 di kawasan lapang di puncak.  Di atas puncak juga ada terdapat kesan lumut 'mossy', tapi malangnya banyak dah mati mungkin sebab kesan pemanasan global atau dipijak-pijak manusia.

Selepas puas bergaya dan bergambar di atas batu puncak, kami turun perlahan-lahan ke kaki gunung.  













Monday, 18 January 2016

Road Trip to Thailand (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sawadikarp.


Kali ini saya nak bercerita pengalaman memandu ke Thailand, Negara Gajah Putih. Sebenarnya ini trip ke-3 saya ke Thailand.  Pertama kali pergi ke Thailand pada tahun 1993 tak salah saya dengan menaiki bas bersama rakan-rakan UIA anjuran pelajar UIA yang berasal dari Narathiwat. Pengalaman berkelana dengan jalan darat memang menjadi kegemaran bersama saya dan isteri. Tambahan pula trip ke Thailand ini ada nilai sentimental yang cukup special kepada kami berdua. 



Trip ke-2 kami ke Thailand dibuat pada cuti Deepavali tahun 2014. Trip tersebut memberi kami pengalaman pertama berkelana dengan memandu sendiri kereta ke Thailand. Trip tersebut kami pergi bersama 2 couple (rakan sekolah) yang meliputi selatan Thai hingga ke Phuket. Berbekal pengalaman yang lepas pada kali ini kami merancang untuk pergi hingga ke bandar bersejarah Kanchanaburi. Memandangkan perjalanan yang jauh (hampir 4000km pergi-balik) di samping membawa anak-anak (seorang baby 9 bulan) kami pecahkan perjalananan kami kepada beberapa lokasi menarik untuk memastikan perjalanan yang selesa untuk semua. Kali ini kami juga mengajak kakak sulung saya untuk menjelajah bersama.  All in 8 sekeluarga kami bertolak dari rumah kami di Bandar Seri Putra, Bangi (BSP) seawal pagi ke destinasi pertama, pintu sempadan Wang Kelian (WKL). 



Keseluruhan trip kali ini selama 10 hari.  Alhamdulillah pada kali ini ada 2 cuti umum iaitu Malidur Rasul dan Hari Krismas ditambah dengan cuti hujung minggu jadi kami cuma ambil cuti tahunan sebanyak 4 hari sahaja.


Hari 1 (BSP-WKL-Satun)-18 Disember 2015



Kami bertolak seawal pukul 4.00pagi dari BSP.  Saya lebih suka memandu awal pagi berbanding lewat malam kerana biasanya pada waktu ini badan lebih segar dan bersemangat.  Bila badan segar mood memandu pun baik dan ceria, bila badan penat mulalah rasa mudah marah dan melenting. Kita nak jalan biar enjoy the journey baru boleh dapat ilmu dan pengalaman.  Kami singgah di TTDI, KL untuk ambik kakak saya seterusnya menyambung perjalanan ke utara. 



Kami berhenti Simpang Pulai untuk solat subuh kemudian meneruskan perjalanan ke sempadan. Kami berhenti untuk sarapan pagi di R&R Gurun. Keadaan di R&R Gurun agak sesak namun alhamdulillah dapat selesai makan sarapan kami sebelum kami meneruskan perjalanan ke Changlun. 





Di Changlun kami berhenti untuk beli Insuran Thailand dan tukar matawang Baht. Kepada yang pertama nak ke Thailand selain dari pasport antarabangsa ada beberapa dokumentasi yang perlu diuruskan sebelum anda boleh masuk ke Thailand dengan memandu kereta. Antaranya ialah:


  • Geran kenderaan (fotokopi depan belakang)
  • Insuran Thailand (boleh ambil harian/mingguan/bulanan) ikut tempoh masa perjalanan. Ada blogger kata tak perlu ambik insuran Thailand, tapi bawa Covernote Insuran Malaysia dah mencukupi. Dua-dua cara saya dah cuba. Alhamdulillah diterima oleh kastam Thai.
  • Permit kenderaan ke Thailand. Ini diuruskan setelah urusan imigresen Thailand selesai. Mudah sahaja, tunjukkan geran kenderaan (owner kena bawa) kalau takde owner kena bawa surat kebenaran. Permit ini dikeluarkan oleh pihak Kastam Thailand.
Alhamdulillah selesai urusan keluar-masuk sempadan Wang Kelian-Wang Prachan sekitar pukul 1 tengahari kami terus makan tengahari di gerai makan berdekatan pintu sempadan Wang Prachan.

Belian Insuran Thailand dan tukar duit


RM1 = THB8.24


Perlis Indera Kayangan


Pintu sempadan Thailand (Wang Prachan)










Makan tengahari di Wang Prachan


Satun-Wilayah sempadan Thailand via Perlis



Setelah selesai makan tengahari di Wang Prachan kami meneruskan perjalanan ke Langu (Satun) tempat persinggahan pertama kami. Sebelum tu kami beli sim-kad Thailand.  Sim-kad penting selain dari kemudahan komunikasi, juga untuk kegunaan tunjuk arah perjalanan. Sepanjang berada di Thailand kami guna Google map dan Waze. Langu ialah pekan di wilayah Satun. Tujuan asal kami nak bermalam di Pak Bara, namun disebabkan penginapan yang penuh (guna Booking.com) kami memilih Langu yang jaraknya 15 minit memandu ke Pak Bara. Bagi penggemar aktiviti scuba-diving, Pak Bara adalah jeti yang digunakan untuk mengambil bot untuk ke destinasi diving seperti di Koh Lipe dan Koh Taratao di dalam Taman Negara Taratao.



Kami makan malam di pekan Langu.  Kedai makan lauk-pauk Melayu Thai. Murah dan enak. Ada beberapa kedai makan Islam di Langu.  Sebenarnya mencari kedai makan di wilayah Thai Selatan tidak lah susah sangat. Cuma kadang-kadang ada sedikit masalah komunikasi dengan penjual. Masyarakat Melayu di Satun agak sukar nak jumpa yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu walaupun tinggal di sempadan Malaysia berbanding dengan masyarakat di Narathiwat dan Pattani.



Ketika kami singgah di satu masjid di Kg Panchur, Satun kami mendengar kuliah disampaikan dalam bahasa Thailand tetapi ustaz penceramah membaca kitab Melayu (Matla'ul Badrain) dalam bahasa Melayu. Bila saya tanya ustaz beliau belajar agama di pondok Pattani jadi boleh bercakap dan membaca bahasa Melayu.



Bas sekolah di Thailand

Ada madrasah besar di sini. 

Bilik penginapan kami. Banglo 2 bilik tidur.

Sekitar banglo penginapan

Hari 2 (Langu to Krabi) 19 Disember 2015



Alhamdulillah bangun pagi dalam keadaan segar bugar terus berkemas dan check-out. Seterusnya kami pergi ke Pak Bara untuk sarapan dan melawat jeti ke Taman Negara Taratao.  Destinasi kami hari ini ialah Krabi. Perjalanan kami akan melalui wilayah Trang, Phattalung dan Krabi.
Bergambar kenaangan sebelum meninggalkan tempat penginapan





Gerai tepi jalan sebelum sampai ke Jeti Taman Negara Taratao (Pak Bara)

Pulut Ikan Masin

Teh hijau

Selepas makan dan bergambar sekitar Jeti, kami meneruskan perjalanan ke Krabi.  Jarak ke tempat penginapan kami di Coco Nori Motel,Khlong Muang, Krabi hanya 311 km atau 5 jam memandu. Memandangkan masa yang banyak kami singgah di dua tempat destinasi alami iaitu Khao Chong Conservation Park, Trang dan Emerald Pool, Krabi.  














Untuk masuk ke Khao Chong Conservation Park tiada bayaran masuk dikenakan tetapi untuk ke Emerald Pool tiket masuk perlu dibeli untuk masuk ke dalam pool.  Ada 2 kolam di dalamnya i.e. Emerald pun (30 minit berjalan kaki) dan Blue Pool (1 jam).  Memandangkan kami dah kemalaman, kami hanya singgah di Emerald Pool sahaja. 








Setelah mandi-manda kami solat jamak maghrib/isyak di surau berdekatan Emerald Pool kemudian meneruskan perjalanan ke hotel di Khlong Muang. Jarak dari Emerald Pool ke hotel ialah 78km tetapi memakan masa 2 jam kerana perlu melalui kawasan kampung dan jalan yang agak berliku. Sampai di hotel kami terus check-in dan mencari tempat makan malam.  Malam tu kami makan di depan hotel sahaja.  Khlong Muang ini terletak 15km dari Aonang, pusat pelancongan popular di Krabi. Aonang ialah terletaknya jeti untuk ke pulau-pulau pelancongan seperti Phi-phi, Poda, Lanta dan lain-lain. Untuk trip kali ini kami memilih untuk menginap di Khlong Muang kerana penginapan di Aonang yang sudah penuh.  Faktor kedua ialah tempat makan yang lebih murah berbanding di Aonang. 

Kami bermalam di Krabi selama 2 malam kerana esoknya kami merancang untuk pergi island-hopping. 

Hari 3 Krabi-Island

Pada trip kali ini kami ambil peluang untuk island-hopping.  Island-hopping ialah aktiviti utama kalau ke Krabi.  Ada banyak pakej boleh didapati.  Untuk dapatkan info boleh bertanya dengan hotel atau terus pergi ke jeti bot untuk dapatkan best deal. Untuk island-hopping ada dua bentuk bayaran i.e. island hopping dan bayaran masuk kawasan pulau yang telah diwartakan sebagai taman negara seperti Poda Island (THB200/seorang).  

Makan malam di depan motel Coco Nori. Harga berpatutan




Tapau 


Naik long-tail boat kitorang anak-beranak jer




Snorkelling kat Turtle Island. Include dalam package. Snorkle boleh sewa dgn boatman


Pantai Phra Nang
Setelah dua malam di Krabi, kami bertolak ke utara untuk destinasi seterusnya di Prachuap Kiri Khan. Review untuk Krabi, setelah dua kali sampai di sini, bagi saya tempatnya sudah terlalu komersial.  Cuba elak peak-season. Tapi kalau nak bawak anak sekolah memang tak boleh elak. Peak-season tak salah saya ialah boleh November ke bulan Mac. Harga hotel 2x ganda. Tu OK lagi. Yang agak keterlaluan ialah harga makanan masak di kedai yang mahal. Kami pernah kena RM80 untuk sarapan pagi roti telur, nasi dan teh untuk 7 orang di warung tepi jalan. Tapi kalau don't mind paying premium price, takde masalah.  Lebih murah makan di kawasan pekan seperti Krabi town.

Hari 4 Krabi-Prachuap Khiri Khan

Prachuap Khiri Khan (PKK) terletak di pantai barat Thailand.  Bandar persisiran pantai, 4 jam perjalanan ke Bangkok.  Kami tak banyak explore PKK memandangkan ia hanya sebagai transit satu malam untuk ke destinasi seterusnya di Kanchanaburi. Berdekatan PKK ada pantai yang terkenal seperti Hua Hin dan Cha-am. Ada beberapa tempat makan di PKK. Malam kami makan pulut Ayam di tengah bandar.  Sarapan kami makan di restoran tepi highway ke Bangkok.

Makan pulut ayam tepi Bangkok Bank Prachuap KH




Tempat penginapan kami.  Sebuah banglo yg ditambah bilil-bilik. Ada pool. 




Pantai PKH


Makan tengahari di tepi highway. Lokasi ada dlm google (Halal food Prachuap KH)


Hari 5 Prachuap Kiri-Khan-Kanchanaburi




Meninggalkan PKH selepas 'brunch' sebab hidangan yang ada adalah nasi berlauk yang berat.  Lazat dan berpatutan harganya.  Dalam perjalanan kami singgah di Samut Songkhram untuk tengok pasar terapung Damnoen Saduak dan pasar di stesen keretapi Maeklong. Pasar terapung di Damnoen Saduak kena naik perahu untuk shopping.  Disebabkan sudah tengahari kebanyakan kedai sudah tutup ketika kami sampai. Selamat duit. Kami juga singgah di stesyen keretapi yang unik di mana landasannya berada di dalam kawasan pasar atau pasar yang unik kerana berada di 'atas' landasan keretapi. Malangnya ketika kami sampai tiada keretapi yang lalu sebab landasan masih dalam pembaikan.





Suasana di dalam pasar Mae Klong Station




Belacan


Bergambar di atas landasan keretapi


Damnoen Saduak Floating Market












Perjalanan kami diteruskan ke Kanchanaburi.  Kami tiba di Kanchanaburi pada pukul 5.00ptg (6.00ptg waktu Malaysia). Selepas check-in dan mandi-manda kami keluar ke bandar untuk mencari makan malam.  Destinasi, pasar malam. 









Bersambung....